Pengarah | ||||||||||||||||||||||||
Lakonan:
| ||||||||||||||||||||||||
Krew:
| ||||||||||||||||||||||||
Penerbit:
|
Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya
menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus
menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula
membaca jampi menteranya. Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca
jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang
angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba
tubuh Pak Mor mula mengelupur. Mulutnya masih kumat kamit membaca
jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu
gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.
Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala.
Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah
berpakat untuk mengambil semua harata dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir.
Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua
saka-saka Pak Sudir, Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk
selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asamat dan Jihan telah
menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad
untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan
tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan
Pak Mor dan Mustika. Dengan kuasa yang ada, Pak Mor dan Mustika mencuba
untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi gagal. Akhirnya Punai dan Asmat
berjaya melarikan diri. Punai dan Asmat kemudian berhenti di satu tempat.
Punai memberitahu Asmat bahawa tiada gunanya mereka melarikan diri kerana
Pak Mor dan Mustika akan sentiasa mencari dan mengejar mereka. Asmat
memberitahu ada seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari.
Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa
yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari.
Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat
yang ketat mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan
kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat. Tetapi setelah terpandang Seha,
anak gadis Wan Ketari yang cantik, mereka terus bersetuju untuk belajar.
Bermula dari itu mereka belajar dan mereka menghadapi berbagai masalah
semasa belajar kerena mereka dikehendaki menangkap hantu. Walaupun menghadapi
masalah, mereka berjaya menangkap hantu-hantu tersebut dan mereka lulus ilmu bomoh.
Pak Mor dan Mustika mendapat tahu yang kini menetap di kampung Wak Ketari.
Pada malam itu Pak Mor dan Mustiak dengan bantuan hantu-hantu mereka
berjaya menculik Seha. Wak Ketari kemudian menilik dan mendapati anaknya
diculik Pak Mor dan Mustika. Kemudian mengarahkan Asmat dan
Punai pergi menyelamatkannya.
Download lagu Ost Jangan Pandang Belakang Congkak :
sumber dibawakan khas oleh :
3 Romen:
uish~ mcm best, kna cari membe nih~
cpat2..haha..best woo citer ni..haha..
huhuhu, ada ost jpbc2 x ? yg 'jangan pandang belakang lagi' tuh...
x tau mane nak cari.. kalo leh cari kan send la kat sm . arif87 @ gmail . com ek :)
Post a Comment