»

Friday 8 October 2010

Jangan Pandang Belakang Congkak 2






aku dah tengok citer ni..best woo aku ckp sama korang sume..haha..mmg best agi sme cam jangan pandang blakang congkak 1 tu,..tpi yg kedua ni juz xde suhaizey sam lah..dia busy ckit gan filem dia yg alen kowt..filem ngangkung tu..xpe2..yg penting lawak seram punai dan cat stiull mantap meyhh..haha..cam2 terjadi semasa diorang emnuntut ilmu bomoh
dari wak ketari..ada pelakon tambahan juga diterapkan dalam filem yg kedua ni..iaitu nora danish..menjadikan filem ni bertambah seri nya..huhu...pape pun korang musti tonton citer ni yer..('',)v .. yang bawah ni sedkit info berkaitan filem ni..happy reading and enjoying this humor film at your cinema nearest...haha.. ''Wicked wicked yo y0 ''...



Pengarah
Lakonan:
:
Asmat (Pelakon Utama)
:
Punai (Pelakon Utama)
:
Mustika (Pelakon Utama)
:
Pak Mor (Pelakon Utama)
:
Seha (Pelakon Utama)
:
Wak Ketari (Pelakon Utama)
:
Bomoh Jawa (Pelakon Pembantu)
:
Bomoh 1 (Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Penyunting)
Penerbit:
:
(Penerbit Eksekutif)



sinopsis:

Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya

menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus

menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula

membaca jampi menteranya. Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca

jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang

angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba

tubuh Pak Mor mula mengelupur. Mulutnya masih kumat kamit membaca

jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu

gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.

Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala.

Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah

berpakat untuk mengambil semua harata dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir.

Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua

saka-saka Pak Sudir, Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk

selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asamat dan Jihan telah

menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad

untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan

tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan

Pak Mor dan Mustika. Dengan kuasa yang ada, Pak Mor dan Mustika mencuba

untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi gagal. Akhirnya Punai dan Asmat

berjaya melarikan diri. Punai dan Asmat kemudian berhenti di satu tempat.

Punai memberitahu Asmat bahawa tiada gunanya mereka melarikan diri kerana

Pak Mor dan Mustika akan sentiasa mencari dan mengejar mereka. Asmat

memberitahu ada seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari.

Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa

yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari.

Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat

yang ketat mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan

kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat. Tetapi setelah terpandang Seha,

anak gadis Wan Ketari yang cantik, mereka terus bersetuju untuk belajar.

Bermula dari itu mereka belajar dan mereka menghadapi berbagai masalah

semasa belajar kerena mereka dikehendaki menangkap hantu. Walaupun menghadapi

masalah, mereka berjaya menangkap hantu-hantu tersebut dan mereka lulus ilmu bomoh.

Pak Mor dan Mustika mendapat tahu yang kini menetap di kampung Wak Ketari.

Pada malam itu Pak Mor dan Mustiak dengan bantuan hantu-hantu mereka

berjaya menculik Seha. Wak Ketari kemudian menilik dan mendapati anaknya

diculik Pak Mor dan Mustika. Kemudian mengarahkan Asmat dan

Punai pergi menyelamatkannya.


Trailer Filem






Download lagu Ost Jangan Pandang Belakang Congkak :

oh! angin malam.mp3



sumber dibawakan khas oleh :

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)


3 Romen:

SHaRKFiQ SSM said...

uish~ mcm best, kna cari membe nih~

Hafizy Hiroki said...

cpat2..haha..best woo citer ni..haha..

Anonymous said...

huhuhu, ada ost jpbc2 x ? yg 'jangan pandang belakang lagi' tuh...
x tau mane nak cari.. kalo leh cari kan send la kat sm . arif87 @ gmail . com ek :)