»

Thursday 30 September 2010

Komunikasi Seni Mural 2010








logo Voyage Production

Setelah melakukan perbincangan pelajar akhir Diploma Komunikasi dan Media telah mengambil keputusan untuk melakukan projek yang diberi nama ‘KOMUNIKASI SENI MURAL’, dimana projek ini berkonsepkan seni Mural yang akan mewarnai dan menceriakan bandar Kuantan sekaligus untuk menyemai kesedaran di kalangan masyarakat mengenai keistimewaan dan kewujudan seni mural.

PENGENALAN

Malaysia yang amat terkenal dengan keindahan alam yang semula jadi membuatkan Malaysia terkenal dalam keindahan suasana kota yang bukan sahaja menghijau tetapi kini telah dihiasi dengan pelbagai jenis seni termasuklah seni grafiti yang unik yang adakalanya terletak di bandaraya-bandaraya seluruh Malaysia. Sehubungan itu VOYAGE PRODUCTION dengan kerjasama Jabatan Perhubungan Mahasiswa (JPM) Kolej Shahputra mengambil kesempatan yang ada untuk mengadakan acara yang sememangnya unik iaitu ‘KOMUNIKASI SENI MURAL’ iaitu membawa maksud


penceritaaan ataupun gambaran daripada sesebuah mural atau lukisan yang bakal disiapkan selama 3 hari berturut- turut di Bandar Kuantan.

Di samping itu, ‘KOMUNIKASI SENI MURAL’ bukan hanya sekadar seni semata-mata malah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama rakyat dan rakan sebaya di daerah Kuantan. Program ini adalah julung kalinya diadakan di Kuantan bagi memeriahkan lagi keadaan di

bandar Kuantan dan untuk menarik perhatian pelbagai pihak dah orang awam untuk bersama-sama melaksanakan dan memperkasakan konsep 1 Malaysia. Ia sekaligus dapat memperkembangkan persepsi visual masyarakat terhadap seni mural melalui komunikasi,warna,tema,susunan dan kesannya.


‘KOMUNIKASI SENI MURAL’ ialah seni halus yang dapat berkomunikasi dengan pelbagai cara melalui lukisan-lukisan yang akan dilukis di tempat yang bakal ditentukan di Kuantan. Dengan itu akan terdapat pelukis-pelukis yang handal ataupun professional yang juga anak jati Negeri Pahang yang akan memberi kerjasama sepanjang program ini dijalankan. Konsep Seni Halus ini lebih lagi akan diperkenalkan kepada rakyat Kuantan dan menghargai setiap bakat yang ada pada pelukis-pelukis ini. Bagi memeriahkan lagi program ini, pelukis tidak akan menyertainya dengan solo malah akan dimeriahkan lagi oleh pelajar-pelajar sekolah yang telah dipilih bagi menjayakan program yang gemilang ini.




Carta ahli jawatankuasa bagi Voyage Production


PENASIHAT

MOHD ZULKAMAL

BIN MOHAMED SALLEH

PENGERUSI

: MOHD HAIQAL BIN ABD AZIZ

NAIB PENGERUSI

: RJ SAZA NUR AQUILLA

BTE RJ SAZALI

SETIAUSAHA

: MOHD REDZUAN

BIN MUHARAM

PEN. SETIAUSAHA

: SITI AJEERAH

BINTI ZAKARIA

BENDAHARI

: MUHD NUR’ FADHLI

BIN HJ AHMAD ASRI

PEN. BENDAHARI

: SITI ANNUR MUIZZAH

BTE MOHD IBRAHIM


AJK

: NOOR LIZA

BINTI JEMAAN

: MOHD FIRDAUS


BIN ABD KADER

: MOHD HAFISZI

BIN MD ISA

: MOHD NILL RASHDAN

BIN RASID

OBJEKTIF & STRATEGI PEMASARAN ACARA

Objektif

Memberi sentuhan baru di Bandar Kuantan melalui seni mural.

Strategi

1. Untuk mengambil perhatian ramai pihak, setelah beberapa berita mengenai acara ini disebarkan, aktiviti melukis dan mewarna oleh peserta akan dilakukan di tempat yang terpilih sekitar bandar Kuantan Pahang. Pelajar sekolah akan diarahkan untuk mewarna lukisan yang telah dilengkapkan oleh pelukis dengan sempurna supaya ia nampak ceria dimata pengunjung dan menjadi daya penarik Bandar Kuantan.

2. Bukan sekadar pelajar yang boleh mengambil bahagian tetapi ianya akan dibuka kepada semua orang awam yang berada di persekitaran lokasi.

3. Ketika acara dijalankan, beberapa gerai jualan makanan akan dibuka bagi memeriahkan lagi acara ‘KOMUNIKASI SENI MURAL’.

4. Bagi memeriahkan lagi program ini, pihak media akan membuat liputan untuk acara ini, dengan kerjasama daripada beberapa pihak media akan menjayakan lagi aktiviti ini.

5. Pada hari terakhir program ini iaitu hari ketiga akan diadakan juga Majlis Perasmian dan ianya akan dihadiri oleh tetamu kehormat yang dijemput hadir pada hari itu.

Objektif 2

Menyemai kesedaran untuk lebih mencintai dan menghargai keindahan seni.

Objektif 3

Kearah memperkasakan semangat 1 Malaysia dikalangan penduduk.


alhamdullillah,akhirnya event ini dapat berjalan dengan baik dan jayanya sampai ke akhir perasmian..dapat lah melegakan nafas sedikit untuk keringat yang diberikan kepada event ini..terima kasih kepada semua yang terlibat dalam hasil usaha murni mencantikkan bandar kuantan ini lagi..event yang pasti akan ku ingati sepanjang dalam hidupku.. chaiyok! :)


1 Romen:

AfiqahZahidi said...

hai!
Just nak inform my new blog url.
http://afiqahzahidi.blogspot.com/
Feel free to follow.
Enjoy reading!
:)