»

Tuesday 10 August 2010

Selangkah Ke Ramadhan al Mubarak

hari ini selangkah sudah kita berhadapan dengan bulan yang menguji akal dan nafsu dari segenap bicara..menahan diri daripada lapar dan juga dahaga..bulan yang membawa erti kepada insan mengukuhkan ketaqwaan serta keredhaan pada Maha Ilahi..

semoga sepanjang ramadhan ini ku dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar..selepas solat isya' tadi aku sempat bersama-sama jemaah yang lain menunaikan solat terawih yang pertama sempena ibadah puasa bermula keesokan paginya..bangun sahur esok makan makanan yang biasa sahaja..
ramai juga penduduk setempat yang mengunjungi Masjid Sultan Haji Ahmad Shah,Indera Mahkota 8..kelihatan banyak kereta disekeliling masjid..lebih banyak berbanding solat jumaat seperti kebiasaannya..sampai para jemaah solat di luar juga..dan selepas solat isya' dan solat terawih..jemaah yang hadir makin keluar sedikit demi sedikit..kerana hal-hal lain yang perlu diuruskan..masjid ini melakukan solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat serta solat witir..
aku menunaikan sebanyak 8 rakaat sahaja berserta witir..sepanjang solat sunat terawih nanti aku akan melakukan sebanyak 8 rakaat sahaja dan selepas itu hal yang lain juga perlu diuruskan ..seperti study dan juga yang lain..

pesanan aku ..janganlah korang terliur sampai basah ke pipi..na
nti takut makruh pastu terbatalnya puasa korang tu..huhu..jangan tiru aksi merbahaya seperti budak ini yang menelan air masa dalam tandas..hehe...apa-apa pun aku mengucapkan disini Selamat Menjalani ibadah Puasa di bulan Ramadhan al- Mubarak..

0 Romen: