»

Wednesday 11 August 2010

Qalesya

Janganlah korang konfius pulak..nama Qalesya ni bukan sesiapa pun..tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun telah mati..ini merupakan drama asia..iaitu dari Malaysia..cerita yang selalu ditayangkan di astro prima..cerita ala-ala indon begitu..jalan ceritanya best dan memikat hati..kerana pengarahnya sendiri terdiri dari gabungan penerbit indonesia yang terkenal iaitu Raam Punjabi serta Shridar jetty al bakri..

cerita ini mengisahkan sebilangan anak-anak muda yang dari pelbagai jenis masalah dalam keluarga mereka..dan yang menariknya apabila mereka ini dimasukkan ke sekolah agama yang sama..pelbagai ragam dan konflik mereka di dalam sekolah agama tersebut..ada yang kaya,miskin,nakal,suka membuli serta berlagak tahu segala tentang agama...sehingga ke akhirnya mereka tamat pengajian disitu..dan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat,agama dan juga negara...

watak-watak utama yang didukung ini adalah dari pelakon remaja kita antaranya termasuklah Nurul Elfira Loy,Addy Asraff,Zaidyansjah,Amirul Aiman dan juga Hazahatul Qhuraisha Hazali..pelakon-pelakon yang akan menyinarkan lagi industri perfileman di negara ini..aku menonton cerita ini di youtube..sejak bulan puasa bermula lagi.sekarang aku masih menontonnya.setiap episod akan ada jalan cerita yang menarik hati aku..walaupun ianya agak seperti dalam cerita indonesia tetapi masih mengamalkan gaya ketimuran iaitu dalam budaya Malaysia..lagu tema bagi cerita ini juga sedap..aku selalu dok nyanyi kalu start cerita ni..huhu

cerita ini ada juga menyelaitkan unsur2 keagamaan dan juga moral untuk kita menjadikannya iktibar serta tauladan dalam kehidupan seharian kita sebagai muslim muslimah...nasihat yang baik diambil pengajaran..diharap korang enjoy pabila melihat cerita Qalesya ini..salam ukhuwah..renung-renungkanlah dan selamat beramal..hehe ('',)v

"Assalamualaikum wbt.."




0 Romen: