»

Thursday 13 May 2010

Langkawi Island Sweet Memories



percutian ke pulau Langkawi merupakan hadiah kenangan terindah buat diriku dan juga orang tersayang..inilah pertemuan kali pertama dan juga memori manis buat kami berdua..perancangan demi hari ke hari berikutnya sampai sudah masanya kini detik yang amat bermakna sejarah hidupku bersama si dia..idea pertemuan ini sebelumnya adalah daripada si dia..dan aku menganggapnya percutian yang seronok dan membuat segala persiapan seperti memilih lokasi untuk bersantai di langkawi nanti dan juga aktiviti yang akan dilakukan sana kelak..bermulanya tanggal 9 haribulan mei pada pukul 9.30 malam, aku menghadapi kesulitan dan pelbagai pengalaman yang tak mungkin aku lupakan..iaitu aku terlepas bas yang sepatutnya dinaiki pada pukul 9 malam lagi..pada saat itulah bermacam andaian yang mengelirukan buat diriku..aku berasa susah hati dan tak sanggup mengecewakan si kekasih hati..aku musti ambil risiko ini kerana ini merupakan pertemuan kali pertama dengannya..jadi,aku mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan teksi sewa yang beratus harganya walaupun aku tahu itu adalah harga yang kurang wajar buat diriku di saat itu..aku tidak memikirkan apa-apa lagi..dan aku berkorban saja untuk si dia..tapi apa yang pasti dalam hati aku,aku harus berada disana juga walau apa jua cara sekalipun..so aku bertolak dengan teksi sewa pada pukul 10.10 malam dengan perasaan yang hiba dan mmengharap aku akan sampai di Sungai Petani dengan selamatnya..


pertukaran teksi sewa dibuat di stesen minyak Esso di bandar kuantan lagi kerana teksi yang naik sebentar tadi tidak mampu ke sana dengan segera,jadi teksi itu ditukar kepada teksi yang lebih baru..aku menceritakan apa yang telah terjadi kepada pemandu teksi itu semasa bergeraknya perjalan menuju belah utara..keadaan pemandu teksi itu juga turut berasa serba salah dengan keadaan aku ini..setelah beberapa lama minit kemudian aku cuba untuk menenangkan gundah gulana dan perasaan hiba aku..alhamdullilah ianya hilang sikit demi sedikit..pada masa yang sama jua, sang kekasihku merasa susah hati dengan aku..aku cuba menenangkan si dia pula supaya sabar dengan apa yang terjadi dengan ku ini..itulah dia pengalaman yang pertama semasa perjalanan ke utara..dalam perjalanan itu,pelbagai topik aku dan pemandu bersembang..hal berkaitan mpk kuantan,hal dia dengan customer yang suka pergi ke genting higlands dan pengalaman hidupnya..pemandu teksi sewa itu memberitahu aku jalan-jalan yang akan kami lalui nanti..laluan shortcut seperti jalan batang kali di belakang genting highlands yang begitu berliku dengan bengkak bengkok dan bercerun juga..sampai di genting sempah,kami berhenti sekejap untuk minum dan menghilangkan rasa stress dan letih sementara..dan selepas beberapa minit kemudian..kami bertolak semula dengan laluan yang diberitahu tadi..perjalanan berlanjutan ke beberapa jam ke sungai perak dan destinasi seterusnya melalui kawasan butterworth dan lain-lain..disaat itu aku banyak terlelap mata dan pening kepala..samapi di pintu tol yang terakhir barulah aku sedar..akhirnya selamat sudah sampai di kawasan sempadan dari perak dan kini aku berada kedah pula..jarak perjalanan yang memakan masa beberapa jam sehinggalah ke pukul 5 pagi..selepas pemandu teksi jalan terus dan bertanya orang yang berhampiran disitu,barulah sampai akhirnya ku di destinasi yang ditetapkan iaitu di terminal bus awam biasa di Sungai Petani..dengan keadaan yang letih dan mengantuk aku tunggu di tempat duduk stesen bus tersebut..pada pukul 5.30 pagi aku menunggu disitu sehingga ke pagi..aku berhubung dengan kekasih aku supaya datang menemui aku pada pukul 7.30..dan pada pukul 8.00 pagi,kekasih ku muncul didepan aku..itulah saat pertama kalinya aku melihat wajahnya yang sebelum ini terbayang-bayang di social network selalu..berhubung dalam telefon sahaja..wajahnya lebih cantik jika berbanding di dalam photo albumnya..ketika detik itu,aku merasa seronok dan gembira sekali..akhirnya aku menemui si dia dalam hidupku..kami pun berborak biasa dan rasa segan silu memang ada terjelas pada permulaanya..tetapi hati tetap suka sama suka sebenarnya dalam hati ini.. aku menunggu bus sampai lah pada pukul 9.30 pagi bersama dia..pada pukul 10 pagi berikutnya bas mula kelihatan..kami menuju ke Shahab iaitu perhentian bus di Alor Star..kerana disana nantilah kami akan ke Kuala Muda,Kedah untuk menaiki feri ke Pulau Langkawi..sampai di Shahab,kami naik teksi ke pelabuhan jeti Kuala Kedah..beberapa minit kemudian tiba di jeti,kami dialukan oleh orang yang menjaga di jeti tersebut..pelbagai pakej yang disediakan untuk kami seperti pakej island hopping dan perkhidmatan motor sewa dan sebagainya..segala pembayaran resit deposit serta nombor untuk dihubungi diserahkan disitu jua..selepas itu aku membeli tiket feri yang berharga RM 23.00 seorang..selepas itu,kami berdua menuju ke feri untuk bertolak ke sana segera..


perjalan dengan feri tersebut memakan masa 2 jam lebih..mengantuk dan letih juga berada dalam feri itu..selepas beberapa jam kemudiannya,pada pukul 12.30 kami selamat tiba di pelabuhan jeti kuah,Pulau Langkawi..sampai disana aku pergi berjumpa dengan Abang Azman iaitu orang yang hendak menyewakan motornya..motor model kriss modenas..selepas selesainya pembayaran dibuat,kami berdua berangkat menuju ke tempat penginapan yang ditetapkan..kami seringkali tersilap jalan dan sesat entah dimana..aku menuju ke bandar dengan laluan sepanjang traffic light dan straight sahaja..sampai dimana entah selepas traffic light yang terakhir..aku menelefon semula abg azman untuk mengetahui dimana lokasi Twin Peaks Resort tersebut..akhirnya selepas tahu jalan-jalannya baru aku sedar yang sepatutnya aku u-turn semula selepas traffic yang last di stesen petronas berhampiran situ..dengan pada masa yang sam ketika sesat,dengan hujan yang habis membasahkan baju kami dan memedihkan mataku semasa bawa moto dengan helmet tiada visor seperti orang baru bawa lesen L itu..selepas selamat sampai di Twin Peaks Resort yang sebenarnya..
aku check in hotel pada pukul 3.00 petang dengan baju basah kuyup..aku segera ke bilik chalet yang diberikan..bilik R8173 dan R8171 merupakan bilik kami untuk berdua..pada masa kami pergi itu,adalah hari sekolah dan tidak ramai orang yang berkunjung ke resort ini..kami berdua terus masuk bilik masing-masing..dan berehat dan mandi..letih dan kami rehat seketika sebelum malamnya nanti kami pergi makan dan jalan-jalan sekitar datara helang depan jeti kuah..pada pukul 8.30 malam kami berdua menuju ke jeti kuah untuk makan malam di restoran KFC..aku order banyak juga ketika itu..dan ada yang tak habis seperti chezzy wadgets..huhu..aku makan dinner plate yang berperisakan blackpaper baru itu,rasanya boleh tahan juga..walaupun aku makan 4 ketul ayam termasuk seketul ayam yang kekasihku tak habis makan kerana kenyang sudah..huhu..dalam restoran itu jua kekasihku melihat baby didepan meja..comel wajah baby itu..kekasihku suka tengok baby..insyaAllah suatu hari nanti,kami akan mendapat baby secomel itu..aminn.. :)selepas sudah makan di restoran kfc,kami berdua bersiar-siar di sekitar jeti kuah itu dan duduk di dataran helang..aku dan kekasihku mengambil gambar juga disitu..beberapa minit kemudian, aku pergi berjalan-jalan di tempat lain pula disekitar situ..duduk lepak-lepak sehinggalah kami balik semula ke chalet penginapan kami..kami lepak-lepak di chalet tersebut malam itu..duduk berborak sepanjang malam..berkasih sayang dan bermanja..sambil borak itu..itulah tanda honeymoon buat kami berdua..online bersama pada malam itu jua..kami masok tidor untuk kegiatan hari esoknya..pada pukul 1.30 pagi sehinggalah lena sampai pukul 10.30 pagi barulah kami bangun..aku kejutkan dia pada masa yang sama untuk bangun..voucer breakfast yang kami dapat sepatutnya pada pukul 7 pagi hingga 10 pagi terlepas begitu saja..huhu..mungkin kerana letih sangat malam semalam berbual..kami bersiap-siap dan mandi..selepas itu.dalam pukul 11.30 pagi kami mula bertolak ke aktiviti Island Hopping untuk hari ini..kami bergerak menuju ke Underwater world..jarak perjalanannya mengambil masa dalam 20 minit juga dari resort ke sana..melalui pantai chenang dan lokasi makam mahsuri dan langkapuri resort..apabila tibanya kami di underwater world..pada pukul 12 tengahari..masa pun awal lagi,dan kami berdua berjalan-jalan dahulu sekitar underwater world..tengok2 suasana dalamnya..pergi ke coco villa..kekasihku beli coklat untuk famili dan ibunya..puas juga masa itu untuk kami memilih mana satu yang sesuai coklat tersebut..
selepas itu,kami pergi makan di kedai yang berhadapan underwaterworld..kami makan nasi berlaok untuk mengisi tenaga dan persiapan semasa melakukan island hopping nanti..selepas habis makan ,kami berdua menunggu di depan underwater world untuk van menjemput kami ke jeti berikutnya..kami naik bot untuk melihat pulau-pulau sekitar itu.seperti dayang bunting,pulau beras basah dan tengok helang makan ikan..di lokasi tasik dayang bunting pelbagai gelagat orang ramai termasuk pelancong asing yang mandi di situ,berjalan-jalan disitu dan memasukkan kaki kedalam tasik untuk ikan mengusik kaki mereka..aku pun cuba untuk memasukkan kaki dalam tasik itu sebelum berangkat ke tempat lain pula..aku rasa geli juga walaupun baru sebentar sahaja meletakkan kaki aku ini..bertangkap gambar di dayang bunting bersama orang tersayang memang kenangan manis yang tak mungkin aku lupakan..aku semakin dekat dengan dirimu..oh sayang..
selesainya satu jam di tasekn dayang bunting,kami bergerak ke lokasi seterusnya iaitu di pantai beras basah..suasana disana cantik juga..samapai disana,terdapat orang yang melakukan aktiviti parachute...disitu menawarkan parachute selama beberapa minit disekeliling pantai tersebut..kami berdua lepak disana dalam masa satu jam juga..sambil tenangkan fikiran dan minum-minum..aku berasa sangat bahagia seperti orang selepas berkahwin dan dalam percutian bulan madu yang terindah buat kami berdua..terima kasih sayang :)destinasi selanjutnya adalah melihat burung helang makan ikan di perairan air berhampiran pulau itu juga..kelihatan tidak banyak burung helang saat itu..mungkin burung- burung helang itu sudah kenyang dan kami pergi pada masa yang lewat sedikit ketika itu..pada pukul 4 petang kami sampai di jeti itu semula..begitulah berakhirnya aktiviti island hopping berkenaan..kami naik van yang sama pulang menuju underwaterworld..pabila sudah sampai disana,kami hendak masuk ke dalam underwater tetapi memandangkan masa yang singkat itu sehingga pukul 6 petang sudah..kami bercadang untuk pergi ke langkapuri resort sahaja..kekasihku ingin sanagt pergi ke situ,dimana tempat penggambaraan drama na omei dilakukan disitu jua..aku pun pergi dengannya disana..suasana disana cantik dan tenang..ramai juga orang di persisiran pantai berkenaan..pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti parachute.mandi -manda,banana bot dan lain-lain lagi..kami berdua hanya berjalan-jalan sekitar pantai situ..tangkap gambar sahaja yang boleh dijadikan kenangan terindah sepanjang bersiar-siar di pantai tersebut..


selepas puas berjalan disekitar panati itu,kami pun balik menuju resort pada petang itu juga..semasa perjalan pulang kami ternampak pasar malam di sebelah jalan..berhampiran pantai chenang juga pasar malam itu..kami pun mengambil keputusan untuk membeli makanan disitu sahaja untuk makan malam kami..aku beli nasi goreng dan kekasihku beli mee goreng dan juga jagung bakar..aku sering haus pabila disana.entahlah mungkin cuaca di langkawi panas sahaja..huhu..setiap hari aku banyak minum air disana..selepas habis beli semua makanan di pasa malam kami pun balik segera menuju resort penginapan kami..selepas selamat sampai di resort..aku berasa seperti dekat pula jarak dari resort dengan panati chenang..aku pun bercadang nak mandi -manda di kolam renang depan bilikku..aku pun masuk dalam kolam renang da berendam didalamnya..selepas itu,kekasihku datang padaku untuk turut mandi-manda sama..selepas beberapa minit kemudian aku mengajak dia untuk pulang ke bilik disebabkan hari sudah semakin gelap..pabila kekasihku hendak masuk dalam biliknya..dia terus memanggilku..aku ingat apa-apa terjadi padanya..rupanya kunci biliknya tertinggal dalam..so aku cepat-cepat pergi depan kaunter rseort itu untuk mendapatkan kunci pendua..seterusnya biliknya dapat dibuka..kami pun mandi dan rehat di bilik masing-masing..


pada keesokkan harinya pula, aku melanjutkan lagi untuk menetap satu malam lagi di resort tersebut..sebanyak rm 79 ditambahkan lagi..disebabkan kami berdua hendak berjalan-jalan lagi dan tak puas duduk disana..sepatutnya memang hari ini habis menginap dan check out pada jam 12 tengahari..kami pun bercadang untuk stay satu malam lagi..pada petang berkenaan aku bersama kekasihku berjalan di langkawi parade..makan-makan di situ jua..di Marrybrown..kami hendak makan chicken chop tetapi pabila disedari oleh kekasihku,dia mendapati chicken chop itu lain yang dimintanya..chicken chop sepatutnya tiada tulang-tulang..nak buat macam mana,makanan pun sudah dibayar..jadi kami pun makan sampai habis..selepas itu,kami bercadang hendak tengok wayang dibahangian atas sekali langkawi parade itu,di tingkat 10..tetapi kebanyakkan cerita tidak best dan pabila hendak tengok cerita terbaru melayu itu,Belukar..orang yang menjaga tiket itu tidak bagi masuk disebabkan tidak cukup orang untuk tengok cerita itu..at least sudah cukup memandai jikalau terdapat 4 orang..tetapi pada masa itu,kami hanya berdua..bengang juga dengan sikap penjaga tiket itu..kami berdua pun beredar dari situ..dan menuju ke tempat lain..semasa perjalan ke jeti kuah ,aku ternampak signboard Beringin Beach Resort..jadi aku pun bergerak ke sana..sampai disana tiada apa-apa pun yang menarik..hanya pantai yang sunyi dan tenteram sahaja..aku pun hanya duduk lepak beberapa minit dan tinggalkan begitu sahaja..aku dengan kekasihku pulang ke resort semula..untuk rehat disana..
pabila hari sudah menjelang malam,kami pun lepak-lepak di resort sahaja..dan pada masa yang sama hujan renyai mulai turun membasahi bumi langkawi itu..aku berasa lapar dan ingin membeli mcdonald sahaja..beli take and away..masa itu,aku pergi sorang je ke mcD berhampiran jeti kuah..dengan hujan renyai-renyai aku harungi juga..sekejap saja sebab aku aku bawa speed masa itu juga..huhu..kami berdua makan sama-sama dan suap antara satu sama lain..

pada keesokkan harinya, berada disana untuk hari terakhir..kami bangun awal dan bersiap-siap dan berkemas barang dan baju kami masing-masing..selepas itu ,aku check out dan bertolak ke jeti kuah semula..pada pertengahan jalan secara tiba-tiba motor yang kami sewa mati dan aku pun berhenti ditepi jalan..dan motor itu pun buat hal berhampiran saja dengan langkawi parade..sikit saja lagi untuk sampai,motor buat hal..minyak ada lagi..aku rasa plag dia rosak..pabila berhenti tepi premis berhampiran situ..aku terus menelefon abg azman..dia pun sampai beberapa minit kemudian..dan selepas itu pergi hantar motor itu untuk tukar plag yang baru..selepas beberapa minit kemudiannya..abg azamn dengan membernya sorang lagi hantar semula motor itu pada kami untuk menuju ke jeti kuah..sampai sudah di jeti kuah..kami pun memulangkan semula kunci motor itu..dan pergi membeli tilet feri..tiket pada pukul 11.30..kami tunggu sementara dan pabila samapi sudah masanya..aku bergerak masuk kedalam feri itu..perjalanan mula diteruskan..mengambil masa 2 jam juga ke jeti kuala muda..selepas beberapa jam pabil selamat sampai tiba disana..kami terus mengambil teksi untuk menuju pula ke stesen bus Shahab,alor star..selama 1 jam setengah kami pun tiba di stesen bus Shahab..pergi terus menuju bus yang tak lama lagi akan bertolak ke Sungai Petani..dengan bus keadaan mula -mula masuk panas..dan jarak perjalanan yang agak jauh dan pada msas itu juga..ramai pelajar-pelajar sekolah balik,disebabkan esok hari jumaat adalah cuti am..sesak juga dalam bus itu..masa pula lama untuk sampai disana ..dari pukul 12.30 sampai pukul 4 petang barulah sampai di Sungai Petani..sungguh jauh dan meletihkan dalam bus tersebut..tiba di sungai petani,kami pun melangkah berjalan kaki menuju stesen bus express pula untuk membeli tiket ke destinasi masing-masing..tiket ke kuantan dan serta ke lumut,perak..tiket bermula 7.30 dan 7.45 malam..selepas selesai membeli tiket kami pun menuju ke cs,sungai petani..iaitu mall Center square..kami makan di kedai biasa dan seterusnya berjalan sekitar dalam mall itu..kami bergerak ke tempat bowling pula..aku mengajak dia main bowling bersama..sebanayak 2 game aku dengan kekasihku bersaing antara satu sama lain..dan akhirnya jelas terbukti aku lah juara dalam bowling itu..sebanyak 135 pointer mengalahkan matanya yang sebanayk 84 pointer..huhu



pada pukul 6 petang kami pun bergerak pulang ke stesen bus express semula untuk tunggu bus masing-masing..suasana menjadi terdiam sahaja sepanjang penantian bus kami..aku berasa sedih dalam hati..tak tahan nak menitiskan airmata ni..pada mulanya aku tak menitis air mata depan dia..tetapi selepas dia naik bus dan bertolak sekejap lagi..aku mula menangis dan tak habis-habis mencurahkan air mata..berlinang sahaja pabila terkenang saat-saat manis bersama dia..wahai kekasihku..aku tak pernah rasa sedih sangat seperti ini sebelumnya..itulah perpisahan untuk sementara waktu ni yang terpaksa aku harungi jua..lain kali aku akan menemuinya lagi..ilysm syg..kau lah cinta hatiku selamanya..air mata menjadi saksi cinta aku terhadap mu..walaupun aku soerang yang jenis tidak matang lagi tetapi aku akn cuba untuk mengatasinya sedikit demi sedkit...aku akan membimbing dirimu sayang..inilah janjiku kepadamu..aku ingin hidup semati bersama mu kekasih ku..


2 Romen:

Norhashimah said...

lagu kat page ni sedap la....
ape tajuk dia?
nk download la!
bley kn?

Hafizy Hiroki said...

lagu daripada dakmie-yang terindah ;)