»

Thursday 25 February 2010

Perjumpaan Bersama Pensyarah Uitm

hari ini bersamaan 25 haribulan 2 tahun 2010..perjumpaan antara pensyarah khususnya jurusan komunikasi dan media..koordinator serta pensyarah lain..iaitu encik rauf dan juga beberapa pensyarah lain yang jauhnya datang dari UiTM Melaka.. setinggi ucapan terima kasih kerana sudi berkunjung di kolej shahputra ini..sepatutnya pada minggu yang lepas dekan dari fakulti komunikasi dan media,UiTM Shah Alam datang..tetapi atas urusan yang tidak dapat dielakkan mereka tidak hadir pada tarikh berkenaan..perjumpaan pada pagi tadi yang bermula pada pukul 11 pagi..dimulakan dengan introduction dari pengacara iaitu Fara dina..seterusnya bacaan doa daripada Nik Mohd Yasir..selepas habis bacaan doa itu tadi..acara diteruskan dengan ucapan dari ketua masccom Shahputra iaitu Zahirrudin..dari part 6..Zahir begitu yakin dan menguatkan nama pelajar shahputra adalah setanding jua dengan uitm melaka mahupun di shah alam..berkobar-kobar semangatnya..dan selepas itu Koordinator masscom..puan CK menerangkan tentative ..aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masscom sepanjang masscom ditubuhkan sehingga sekarang..dan yang terbaru adalah event Sihat 1 Malaysia di Teluk Cempedak pada tanggal 20 March ini..


jadi pada minggu lepas hanya lah koordinator jurusan kami iaitu Puan CK atau lebih dikenali dengan Puan Che Ku Nurhasniza..meluahkan rasa yang terbenak di hati serta luahan dari pensyarah masscom yang lain..terutamnya dalam attitude pelajar-pelajar dibawah nya...masscom course itu sendiri...banyak yang berlaku di dalam course masscom,lebih-lebih lagi berkaitan attitude..seperti attended,respect dengan pensyarah yang lain dan kelakuan pelajar-pelajar masscom...kami ambil dengan positif..dan dijadikan pedoman di lain kali..kami akan menjadi better before this..

dan pada kali ini..pensyarah dari falkuti masscom turun untuk pertemuan dengan pelajar-pelajar masscom di kolej Shahputra..antara objektif pertemuan kali ini adalah untuk sesi pendekatan antara jalinan Uitm melaka dan shah alam..terutamanya jurusan komunikasi dan media itu sendiri..pensyarah kolej shahputra dan pensayarah uitm melaka sudah rapat dan jalinan hubungan itu dilaksanakan..dan insyaallah di lain kali dan hari pelajar antara kolej shahputra serta pelajar-pelajar di uitm melaka akan disatukan..sekurangnya dalam setahun itu berjumpa untuk tujuan ramah mesra pelajar..pelajar kolej akan turun ke uitm melaka dan uitm melaka akan berjumpa dengan pelajar-pelajar masscom di kuantan..itulah yang dihasratkan oleh En. Rauf.koordinator masscom,UiTM Melaka..

para pensyarah UiTM Melaka menerangkan serba sedikit berkaitan masscom di sana dan jurusan yang ditawarkan di sana...di sana terdapat lebih kurang lapan jurusan dalam falkuti Masscom bagi peringkat Degree.dari jurusan mc publishing,mc journalism,mc broadcasting,public relation dan sehingga lah jurusan yang baru iaitu intrapersonal serta jurusan dalam communication policy..selain itu,pensyarah masscom disana mempunyai lebih kurang 130 pensyarah..dan mempunyai seramai 400 orang pelajar komunikasi dan media..disana masih baru lagi jurusan bagi komunikasi dan media ini..ditubuhkan pada tahun 2006..dan semakin berkembang dari tahun ke tahun kini..peningkatan pelajar-pelajar begitu memberangsangkan..tetapi mereka merasakan tidak cukup untuk menikmati kehidupan seperti di Shah Alam..kerana terdapat beberapa kekurangan yang perlu ditambah..untuk memajukan komunikasi dan media di UiTM Melaka..seterusnya En. Rauf menyatakan bahawasanya pelajar di kolej Shahputra dan juga di Uitm Melaka tiada bezanya..semuanya adalah sama..tiada jurang untuk persaingan mereka walaupun berada di kolej yang bekerjasama dengan universiti terpilih sahaja..dan menganggap pelajar-pelajar masscom adalah sebahagian dari pelajar Uitm juga..mereka hanya menumpang di kolej untuk belajar sahaja..

selepas itu,sesi soal jawab antara pensyarah dan pelajar-pelajar bejalan..soalan-soalan yang ditanya adalah cara permohona kemasukan ijazah kelak..berkaitan UPU form online dan kemasukan ke Uitm..Seterusnya soalan berkenaan kriteria-kriteria kemasukan pelajar di jurusan-jurusan komunikasi dan media di peringkat ijazah nanti..
selesai sudah sesi soal jawab acara perjumpaan berakhir..dan semua bersurai seperti biasa..


1 Romen:

sera93 said...

nk tnyer..
apakah kriteria2 yang di perlukan untuk melepasi temuduga diploma masscom neh.??
harap dpt beri jwpn scpt mungkin ya..sy perlukan jwpn segera..
terima kasih..