»

Monday 22 February 2010

Maulidur Rasul at Kolej Shahputra




Majlis ceramah Maulidur Rasul yang disambut di kolej pagi tadi bermula pukul 9.00..dimulakan dengan bacaan doa dari wakil pelajar..seterusnya diteruskan dengan acara berzanji beramai2..semua yang di dalam auditorium berdiri untuk sama meraihnya..selepas itu, ceramah bermula.. Tajuk ceramah maulidur rasul kali ini bertemakan "Mencari Keredhaan dan Keikhlasan dalam bekerja.." antara panel-panel yang mengetuai ceramah berkenaan iaitu terdiri daripada ustaz Asri merupakan kakitangan kolej dan tetamu jemputan iaitu Ustaz Jamaludin yang berperanan sebagai penceramah bebas serta perunding keluarga bahagia.. ceramah yang terkandung di dalamnya antara nya disini saya ringkaskan adalah..yang pertama, Manusia diilhamkan oleh Allah untuk menjadi khalifah di atas muka bumi ini...melainkan untuk mengabdikan diri dekat dengan Allah Taala.. seterusnya adalah Muhasabah diri dalam apa jua keadaan..dalam kehidupan antara azab dan solat kita ini..kita hendaklah membuat keredhaan dalam tanggungjawab kita sebagai insan lebih-lebih lagi kita sebagai pelajar yang menuntut ilmu di mana sahaja..walau dimana kita berada, kita redha dengan ketentuan yang dibuat Allah... selepas itu, Kita haruslah taat pada perintah Allah..kewajipan belajar jua merupakan ibadah ..dan ingatlah Tuhan suka pada orang yang suka bekerja dan berusaha dalam menjalani kehidupan hari-hari nya seorang insan tersebut..Bersalam adalah kesempurnaan dalam ibadah...dari kata-kata pujangga "mata bertentang mata wujudnya rasa cinta.." jalinan antara umat islam itu sendiri menguatkan ukwah kita selama ini..kata-kata pujangga yang lain termasuklah "hati bertemu hati maka timbulnya keberkatan.." idola dalam hidup kita,selalunya ramai orang memilih ataupun menggangap artis mahupun selebriti juga tokoh yang lain sebagai idola hidup mereka..tiada sesiapa yang mengangkat nama Nabi Muhammad S.A.W sebagai tokoh keagungan mereka..tibanya hari yang bersejarah buat umat islam iaitu sambutan Maulidur Rasul mahupun sesetengah orang tidak terdetik untuk menyambut ataupun memeriahkan sedikit berkaitan kelahiran Rasuallah kita..beliau merupakan kekasih Allah..lahirnya Nabi Muhammad dengan sifat-sifat al-fatanah,tabligh,cerdik dan sebagainya..



sesi soal jawab diselangi dalam ceramah berikut..pertanyaan dari mahasiswi yang soalannya berkaitan menutup aurat, bagaimana pelajar-pelajar mahupun orang yang sudah bekerja memakai lengan pendek semasa bertugas..? dan kembali kepada panel ceramah..iaitu ustaz jamaludin memberi ulasan bahawasanya aurat antara muka dan tapak tangan..kita hendaklah menjaga aurat dengan sebaiknya..dan perkara ini termasuk bidang akidah..



dan ceramah mula kembali mengulas tentang pengertian bagi keterangan diatas..perkara kecermelangan disentuh oleh panel ceramah..kecermelangan dalam hidup..mencari kehidupan yang terbaik di dunia dan akhirat..antara 5 tanda kebinasaan : i- beramal tetapi tidak berilmu ii- orang berilmu tetapi tidak beramal iii- berkawan dengan orang alim tetapi tidak mengikutinya iv- beramal tetapi tidak ikhlas v- ada ruang untuk berbuat baik tapi tidak dilaksanakan. antara soalan-soalan terakhir daripada pelajar sekalian ..iaitu soalan pertama..- kesimpulan ialah disiplin dalam keihklasan..bersabar dan terus bersabar..dan jangan marah dan marah lagi.. soalan kedua ialah - menggunakan teknologi tanpa melalaikan..iaitu dengan displin diri..tidur untuk memenangkan minda...soalan ketiga adalah - mendapat keberkatan ialah orang yang menyampaikan ceramah itu,orang berlalu disekitar ceramah itu dan terus duduk turut serta untuk mendengar..dan juga orang yang mendengar.. jaga solat dan ibadah yang lain akan menjauhi dari anasir-anasir yang tidak baik mahupun buruk..soalan keempat - solat jemaah wajib bagi lelaki..redha isteri keranan si suami pergi solat jemaah di masjid dan si isteri pula di rumah akan mendapat pahala dari suaminya.. para panel meneranagkan sedikit tentang Valentine day yang ditanya salah pelajar kolej..valentine day..ada seorang paderi yang melihat rmaja-remaja nya..duduk berduan mahupun pergi kemana sahaja bersama..leh itu,si paderi itu mengahwinkan mereka secara beramai-ramai sekaligus untuk mengelakkan maksiat.. panel kedua pula menerangkan iaitu valentine day ini adalah perjuangkan kisah cinta..membesarkan nama seorang paderi juga iaitu Valentinehukumnya adalah haram bagi umat islam sesiapa yang menyambutnya...sebenarnya disebalik membesarkan nama beliau ..mahu menyesatkan remaja-remaja nya pada ketika itu sahaja..


acara majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati sedikit kepada penceramah jemputan..selepas itu aktiviti selawat Nabi..dan bersurai...

0 Romen: