»

Monday 17 October 2011

Kursus PRA PERKAHWINAN

Salam,

Bertemu kita pada ruangan kali ini,saya akan menceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang telah saya hadiri pada hujung minggu yang lepas. Saya telah menghadiri suatu kursus pra perkahwinan selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan ahad lepas,dan kursusu tersebut telah berlangsung di Pusat dakwah islam,Sg Kerpan Kuala Lipis. Bukan niat saya untuk melangsungkan perkahwinan secara tiba-tiba tetapi kursus ini berguna dan manfaat untuk di masa akan datang kelak. Kursus seperti ini berguna untuk menyiapkan diri saya bagi menghadapi saat-saat genting yang bahagia itu nanti. Buat masa ini,tiada calon,tiada jodoh yang sesuai serta sumber kewangan yang kukuh lagi. Oleh sebab itu,saya mengambil langkah awal untuk mendapatkan manfaat dan sijil yang sah untuk seumur hidup. Bahkan kursus yang berlangsung pada bulan ini berpatutan dengan harganya untuk dua hari tersebut. Justeru itu, saya merebut peluang ini untuk menghadirinya sebelum terlambat.



Bersama-sama saya mengikuti kursus pra perkahwinan pada hari berkenaan ialah adik perempuan saya serta jiran saya yang merupakan kawan kepada adik saya ini. Setibanya kami di sana, kelihatan ramai juga yang mengikuti kursus pada kali ini. Lelaki dan wanita adalah serata ramai kedudukannya

.Tetapi yang hadir pada masa itu, ramai yang belum mempunyai calon dan sudah bersedia untuk berkahwin. Terdapat segelintir kecil sahaja yang betul-betul berhasrat bagi melayarkan bahtera yang bahagia kelak. Sesi kursus bermula dengan pendaftran para peserta pada 7.45 pagi dan terus memasuki ke dalam bilik pusat dakwah islam untuk modul aqidah yang dikelolakan oleh ustaz azli yang juga merupakan salah seorang pegawai pejabat islam kuala lipis. Sesi pembelajaran aqidah tersebut bermula pada pukul 8.15 pagi. Di dalam sesi itu, terdapat beberapa hadis nabi diterapkan untuk pengetahuan kami semua yang berada di situ. Ustaz azli juga menekankan terhadap perbuatan seperti berkhalwat atau seantaranya sup

aya mencegah maksiat yang berlaku di sekitar kita. Seterusnya, sesi pengurusan kesihatan oleh dr rahimi bt hassan dari pusat kesihatan kuala lipis. Pengurusan yang menampilkan dari segenap kehidupan kita sendiri. Bermula dari kesihatan diri,tempat tinggal,cara pemakanan seimbang serta aspek kesihatan dalam perhubungan suami isteri. Dr rahimi juga menunjukkan beberapa gambar akibat kesan daripada pengambilan dadah dan kesan orang yang yang menghidap AIDS dan HIV pada tahap yang teruk dan kronik. Beliau ada juga menekankan bahawa sebelum berdaftar untuk berkahwin digalakkan bakal suami dan isteri pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan jikalau terdapat sebarang gejala-gejala penyakit itu ada.

Sesi kursus berhenti seketika untuk memberi ruang kepada para peserta untuk rehat dan ada minum pagi di dewan makan berhampiran. Kursus bermula semula pada jam 11.00 pagi dengan sesi modul fekah dan akhlak yang dibawa oleh ustaz mohd yusri daripada pejabat agama kuala lipis juga. Beliau membawa dua modul ini yang berakhir pada jam 12.00 tengahari. Fekah ataupun ibadah ini merupakan modul yang berguna untuk seharian kita. Banyak diterapkan tentang soal ibadah solat dan sebagainya yang menjadi asas kehidupan kita itu sendiri. Akhlak juga sama banyak untuk mengingatkan kita supaya menjadi insan yang terpuji dan dirahmati oleh Allah taala. Dalam sesi ini, kita diingatkan menhaja akhlak dalam pergaulan sesama manusia,tumbuhan dan juga manusia sesama tuhan.

Pada pukul 1.00 tengahari kami berhenti rehat untuk solat zohor dan makan tengahari di dewan makan berdekatan. Selanjutnya, sesi diteruskan pada pukul 2.00 petang dengan modul Perkahwinan dan prosedurnya yang dibawakan oleh qadhi daerah kuala lipis. Dalam sesi ini, menerangkan langkah-langkah semasa meminang,sebelum berkahwin iaitu berdaftar,semasa akad nikah dan semasa majlis perkahwinan itu berlangsung. Terdapat rukun-rukun dalam akad nikah diterangkan. Pada pukul 3.20 petang sesi diteruskan dengan tajuknya talaq,fasakh dan prosedur perceraian oleh salah seorang pegawai qadhi daerah lipis juga. Dalam sesi ini, bagaimana talaq boleh jatuh dan terjadi dan fasakh yang dituntut dan proses perceraian terjadi. Tetapi diingatkan bahawasanya cerai ini bukan sesuatu yang boleh kita main-mainkan dan tidak digalakkan untuk meruntuhkan masjid itu sendiri yang telah terbina begitu lama dan bahagia begitu sahaja. Sesi untuk hari pertama kursus pra perkahwinan telah berakhir pada jam 4.30 petang.

Pada hari keduanya bersamaan 16 oktober 2011,sesi pertama dimulakan dengan tajuk Pengurusan kewangan dan masa oleh ustaz akmal dari pejabat agama kuala lipis. Tujuan pengurusan ini diwujudkan adalah untuk tentukan matlamat kita bagi mendirikan rumah tangga kelak,mengawal perbelanjaan keluarga dan untuk berkahwin di masa akan datang,melakukan perancangan perbelanjaan keluarga. Terdapat juga jenis-jenis kategori perbelanjaan antaranya dharuriyyat,hajiyyat serta tahsiniyyat. Pengurusan masa juga amat penting untuk melaksanakan majlis perkahwinan bakal tiba. Seterusnya, pada jam 9.30 pagi adalah sesi hubungan dalam keluarga yang diterangkan oleh haji mustafa seorang pegawai agama dari benta,kuala lipis. Dalam sesi ini, diterangkan serba sedikit dalam hubungan semasa kenduri kahwin ataupun disebut walimatul urus,antara cabaran-cabaran pasangan yang baru berkahwin,kaedah memantapkan hubungan suami isteri,pergaulan dalam keluarga dan keluarga mertua itu sendiri dan kaum kerabatnya. Tetapi sampai di epsidod hubungan kelamin, ramai para peserta mencelik mata seluas-luasnya bagi mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah. Tiada masa itu peserta yang tertidur pula.kami bergelak senyum semasa sesi ini diterangkan. Selepas itu, adalah tajuk tanggungjawab anak yang sudah berkahwin kepada orang tuanya dan mertua juga dan hubungan jiran dan sebagainya.

Pada pukul 10.30 pagi masa rehat diberikan kepada para peserta untuk minum pagi yang terhidang di dewan makan berhampiran. Sesi ini telah bersambung pada jam 11.00 pagi. Sesi yang membawakan modul bertajuk komunikasi suami isteri oleh haji dahili dari pejabat agama kuala lipis. Sesi menerapkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan suami isteri, bentuk komunikasi yang baik antara suami isteri dan juga faktor-faktor yang boleh merosakkan perhubungan komunikasi antara suami isteri. Selepas itu, modul pengurusan konflik dalam rumah tangga yang diterajui oleh ustazah asnah. Dalam sesi ini diterangkan definisi konflik,punca berlakunya konflik rumahtangga,bentuk-bentuk konflik yang terdiri daripada nusyuz,syiqaq serta darar. Terdapat juga diterangkan undang-undang berkaitan keganasan dalam rumahtangga ataupun dikenali dengan nama darar ini. Ada dibincangan juga teknik bagi mengelakkan konflik itu terjadi. Rehat,makan dan solat zohor bermula pada jam 1.00 tengahari. Sesi diteruskan pada jam 2.00 petang dengan modul bertajuk pengurusan tekanan ataupun stress. Modul ini dibawakan sekali lagi bersama dengan haji dahili. Bagaimana untuk menghindari stress,definisi stress ataupun tekanan yang terjadi,tanda-tanda tekanan berlaku,diterangkan juga jenis-jenis tekanan anataranya ialah tekanan akut yang bereeti respons kepada keadaan atau persitiwa yang berlaku secara tiba-tiba. Yang kedua adalah tekanan kronik dirujuk sebagai tekanan yang berlaku berpanjangan dalam kehidupan seseorang yang boleh mengakibatkan trauma. Seterusnya sesi pada jam 3.15 petang diteruskan dengan sesi perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh ustazah asnah juga. Menerangkan bagaimana kaunseling boleh menyelesaikan masalah dalam keluarga dan perhubungan suami isteri,prosedur untuk mendapatkan kaunseling itu sendiri. Dan akhir sekali adalah ujian semakan yang diterajui juga ustazah asnah dalam pengajian yang telah berlangsung selama dua hari ini. Selepas semakan telah dibuat terdapat beberapa peserta telah dipanggil untuk mengucap syahadah. Sekelompok wanita dan juga lelaki dipanggil di hadapan kami semua. Acara yang ditunggu-tunggu untuk kursus pra perkahwinan ini adalah penyampaian sijil. Berakhirnya kursus yang dijalankan setelah berjaya mendapatkan segulung sijil pra perkahwinan ini.


Tuesday 23 August 2011

Facebook Love

lagu yang best yang dibawakan khas daripada seorang karyawan muda terkini..lagu paling hot di pasaran bursa malaysia..artis yang comel jugak..hehe :) syabas diucapkan kepada Najwa Latif tuan punya lagu ini..persilakan membuat persembahan ...







Basic Information

About
i'm najwalatif .16 y/o .i do play three intruments ; guitar,piano and drum . but obviously i do love guitar more than anything else.and this is my youtube website http://www.youtube.com/user/najwa595 .do subscribe,comment and rates . much love ♥
Gender
Female
Email
eqwafika@yahoo.com
Website

Friday 22 July 2011

Kawan Sekelapa



Nur Syarafina Binti Saiful Anuar

ini adalah kawan baru saya yang mereng,sewel,giler2 dan sporting dengan saya..tetapi dia seorang yang baik hati, saya suka berkawan dengan dia ni..walaupun banyak cakap saya suka dengar dia bercerita..the way she tell the stories makes me happy every time when i feel lonely and want sharing with someone..

she from wakaf baru,kelantan..this chek mek the sweeties was studying at uitm machang ,kelantan..taking in course of diploma business..


LOVE YOU MY SWEETIES FRIEND

dugaan menimpa

pelbagai dugaan menimpa aku sejak kebelakangan ni..bermula excident sebanyak dua kali sepanjang 2 minggu dalam bulan ni..mula aku terjatuh sendiri di hadapan kfc teluk cempedak..habis calar belah kiri aku..motor just side mirror pecah belah kiri..naseb sikit lagi nak kena langgar oleh kereta yang berada di depan aku..aku balik pi repair side mirror kt kedai bandar..yang first ni okay lagi..selepas itu, aku excident lagi terok daripada yang ni..ni excident melibatkan banyak kos yang kena tanggung juga..aku bawak motor ntah camner aku terlanggar lubang ditepi jalan tu,rupa-rupanya dalam jugak lubang tu sampai aku melambung tinggi dah cam superman gayanya..orang laen tengok memamg giler aku melambung atas langit..perghh dalam hati aku masa tengah melambung tu ase nak hilang nyawa..Ya Allah nasib lah umur aku panjang lagi masa hari tu..aku terjatuh di tepi jalan sikit lagi nak terjatuh di tengah-tengah jalan tu hampir maut kena gilis dengan kereta agaknya kalau tak betol landing..motor aku dah menyusur ke depan sana tu..habis remuk gak bahagian tayar belakang tu..bengkok giler ,yang depan sikit je..masa aku check ke mana menghilangnya plat blakang aku ,tak jumpa2 dah lepas tu..aku pun balek jelah masa tu..sebenarnya aku dalam perjalanan ke teluk cempedak untuk makan disana..pada secara kebetulannya hari pertama gak aku bekerja kat seven eleven berhampiran rumah sewa aku ni..memang nasib malang hari tu..aku pun balek dengan motor yang terok pada tayarnya..dah cam bawak motor roda segi empat tepat..kereta api aku rasa lagi lancar kowt jalan...haha..


selepas itu, masa aku nak balek dari jengka menuju ke kuantan peristiwa tayar motor aku berulang kali pancit dua kali berturut di pertengahan jalan highway pantai timur...bermula dari r&r gambang di petronas mula-mula sekali terkena tayar pancit tu..tayar aku tu cam dicucuk besi kecil yang berupa bentuk ubat steadpler..pastu aku check tayar sekali lagi..de agi besi kecil tu..aku pun tunggu lah ayah aku datang..sehingga lah nak dekat pukul 8 malam ..aku menunggu bersama adik aku yang kedua..memang masa yang amat meletihkan sampai dua kali pancit..jauh tu datang nak repair tayar..nasib baik ayah aku bawa dua tiub tayar kalu tak bawak balik kampung lah jawabnya motor tu..tunda bawak balik sudah...yang kali kedua pancit tengah2 jalan nak dekat sampai pintu masuk kuantan kat area dekat menuju upm..camner ntah pancit disebabkan terlanggar setompok kesan ketulan tayar lori yang diseretkan tu tetiber pancit dengan sendirinya..setelah diperiksa dalam suasana gelap ditengah-tengah highway yang kereta berpusu-pusu lajunya..memang bahaya kowt masa tu..kami orang duduk di tepi jalan ..kat longkang yang berbukit sedikit..rupa-rupanya tiub tu dah tercalar ataupun dikeanli sebagai terluka di part punatnya..habis terkoyak bahagian situ..memang dugaan betol masa tu..memenatkan nak bawak motor masa malam hari tu..hanya tuhan saja tahu bagaimana nasib kita orang ni..

Wednesday 6 July 2011

trial fishing at benteng





pada hari semalam bersamaan hari selasa ..aku bersama-sama adik aku ,kazen and member serumah aku pergi lah membuat percubaan memancing di benteng ,kuantan..first memancing bagi adik aku ni..selama dok kuantan x dpt pancing agi sebab x ada masa nak pergi atas komitmen keje katanya..huhu..sekarang baru boleh sebab ada cuti sehari ataupun dipanggil offday...pada pukul 8 lebih kami orang bergerak menuju destinasi di nantikan..bawa sebatang pancing tapi orang nya dalam 4 orang ..camner lah tu ek..haha..sharing is caring kowt..haha..umpan yang digunakan adalah seperti udang and sotong yang dah lama terbiar..beberapa percubaan dibuat ..dan beberapa kali itu jugak lah umpan ditukar kerana masalah ikan yang x mengena dan mata kail yang terlekat di celah-celahan batu sungai kuantan ni..

kazen,adik and member




pada pukul 10 suku camtu..kami orang pun balik..disebabkan xde ikan pun yg berjaya ditangkap utk malam tu..sebelum samapi di rumah kami orang pun singgah sekejap di kedai mamak yang berhampiran x jauh dari rumah kami..pekena sikit roti canai dulu..huhu..selepas lepak kejap kami pun balik terus ke rumah untuk melelapkan mata yang kekecewaan dari pancing tadi..haha ..begitulah kisahnya untuk trial pancing pada edisi kali ni..sekian.

Monday 27 June 2011

Part Timer at Hyatt Regency Club





salam kengkawan semua,

kali ini aku nak bercerita sedikit tentang kerja aku buat pertama kali
di hotel hyatt regency club,kuantan pahangaku masa mula-mula membawa diri ke sana
disebabkan ada cousin aku masukkan kt sana tu. hari sabtu,masuk keje terus tu,sebagai
part timer di department housekeeping.xde training dan lain lagi terus je follow bdak
permanent buat bilik terus.tapi masa buat kerja mulanya tu rasa okay lah jugak..
walaupun rasa panas dan bak kata orang kena menyesuaikan dahulu dengan suasana
ni aku nga melipat towel untuk turndown service ataupun overtime

tempat kerja yang baru.masa mula-mula aku masuk kerja sama-sama dengan adik aku jugak..
kami orang department yang sama..suasana di hyatt regency kira bagi aku oklah jugak walaup
un
rasa x semegah mana hotel pun..aku rasa semua hotel di sekitar kuantan ni serata but hotel zenith
yang baru dibuka di hadapan east coast mall baru lagi,sebab tu nampak gah sedikit lah berbanding
ni adek yang dah bkerja sebagai housekeeping permanent sekarang

yang dah bertapak lama di sini..sebab zenith center city,dan strategik lokasi nya..
but hyatt ni bestnye dihadapan beach and lautan yang tersergam indah..because of that,hyatt di
kuantan ni kira nampak bagimata orang yang memandangnya terkagum dan exclusive
katanya..huhu..



aku bekerja sebagai part timer masa hujung bulan 4 lepas,selepas tu samapi cukup dalam sebulan
supervisor dan maid permanent

sampai bulan 5 dah..aku beralih ke restauran hyatt jugaksebagai guest services..nama cafe housenya "kampung".
di sini tempat-tempat di hyatt nama seperti sampan,cakar,olympic club dan laen lagi adalah
nama yang
dibuatuntuk melabelkan sebagai nama yang tradisional kirenya dan bagi orang ingat kowt untuk di hotel ni..
kalau nak diikutkan aku lah,kerja diantara housekeepingdengan guest service di "kampung" aku rasa better kat
housekeeping kowt..sebab kat kampung lagi teruk..cam2 kerja kena buat xde specific dalam sesuatu tugasan..
pastu xde shift lak tu..straight 16 hours la katakan..kalau housekeeping pun 12 hours itupun include dalam
buat kerja over time je 12 hours tu..kire oklah tu..kerja paling busy pun sebab que room je and
check out
check in masa ramai guest datang..aku paling x suka kalu time busy je dalam housekeeping ni masa busy
aku buat sesorang..at least bagi helper..sebab letih dowh,nak kejar bilik stayover agi yang que room agi..
mampos aku..huhu..


ni office hskp


sekarang bulan enam ni xde lah busy mana pun..aku pun datang kerja pun masa diowank panggil
emergency je..time ramai guest sesuatu masa je..aku punmencari kerja lain buat sementara waktu ni..
boleh lah masok dalam duet poket sikit..aku pun pokai kekadang tu jugak..kire banyak jugak nak kena
buat part time nisekarang dapat kerja kat seven eleven dekat-dekat area air putih..dekat sikit dengan
rumah sewa ni..senang sikit sebab ada shift xdelah straight sangat..hope soaku boleh jalankan job di
seven E ni dengan baik..nak mintak kerja di kerajaan payah sekarang ni..aku pun dah amik borang SPA
di wisma pahang bulan lepas..tapitak tau lah dapat ke tak ni..hope dapat lah ..aku berharap2 sangat
dapat kjerja di kerajaan ..boleh menjamin masa depan aku nanti..xdela terhangguk2 je kerjanya mencari
sana sini income yang tak menentu ni...di bawah ni aku de paprkan kerja part time aku di housekeeping..
picha-picha di restoran x sempat ambil sebab busy giler ..ini jelah yang dapat aku paparkan setakat ni..
di akhir kata, salam satu malaysia..bye adios ... :)

Sunday 26 June 2011

Intro the new Band







perkenalkan band abru gabungan anak buah adam af dan adam sendiri yang mengetuainya..mereka melangkah setapak ke hadapan dengan penuh semangat untuk perjuangkan bakat2 mereka dalam tarian dan nyanyian jua..V I P adalah nama band mereka..mengetengahkan irama seakan-akan k-pop..dari mata semua orang mereka ini agak meniru personaliti boyband dari korea sikit seperti big bang,super junior dan seantero nya..tapi mereka akan cuba membawa kelainan sedikit sesuai dengan kitaran kehidupan di malaysia..itu sahaja yang dapat saya tulis di sini..kalau ingin mengetahui lebih lanjut tentang info mereka ini, sila lah surfing ke website diorang seperti fanpage facebook diorang xpun pi website diorang
terus..




Basic Information

Genre
Malaysian POp danCe (M'poce)
Members
Adam, Ryan, Fadlan, Yandy, Malon
Record Label
KRU Studios
About
V.I.P | Versatility In Performance
Description
V.I.P terdiri daripada Fadlan, Malon, Ryan, Yandy and Adam. Malon, Ryan dan Yandy dahulu dikenali sabagai kumpulan BadBoyz. Adam pula dikenali sebagai Adam AF2 dan Fadlan adalah new talent KRU Studios.

So now mereka dikenali sebagai V.I.P (Versataility In Perfomance)
General Manager
Jaja Nadzir
Booking Agent
Jaja Nadzir: +6012 207 0844 | jaja.nadzir@krustudios.com
Press Contact
Jaja Nadzir: +6012 207 0844 | jaja.nadzir@krustudios.com
Artists We Also Like
KRU
Influences
KRU

okay2..sekian... :) peace