»

Monday 17 October 2011

Kursus PRA PERKAHWINAN

Salam,

Bertemu kita pada ruangan kali ini,saya akan menceritakan serba sedikit tentang aktiviti yang telah saya hadiri pada hujung minggu yang lepas. Saya telah menghadiri suatu kursus pra perkahwinan selama dua hari iaitu pada hari sabtu dan ahad lepas,dan kursusu tersebut telah berlangsung di Pusat dakwah islam,Sg Kerpan Kuala Lipis. Bukan niat saya untuk melangsungkan perkahwinan secara tiba-tiba tetapi kursus ini berguna dan manfaat untuk di masa akan datang kelak. Kursus seperti ini berguna untuk menyiapkan diri saya bagi menghadapi saat-saat genting yang bahagia itu nanti. Buat masa ini,tiada calon,tiada jodoh yang sesuai serta sumber kewangan yang kukuh lagi. Oleh sebab itu,saya mengambil langkah awal untuk mendapatkan manfaat dan sijil yang sah untuk seumur hidup. Bahkan kursus yang berlangsung pada bulan ini berpatutan dengan harganya untuk dua hari tersebut. Justeru itu, saya merebut peluang ini untuk menghadirinya sebelum terlambat.



Bersama-sama saya mengikuti kursus pra perkahwinan pada hari berkenaan ialah adik perempuan saya serta jiran saya yang merupakan kawan kepada adik saya ini. Setibanya kami di sana, kelihatan ramai juga yang mengikuti kursus pada kali ini. Lelaki dan wanita adalah serata ramai kedudukannya

.Tetapi yang hadir pada masa itu, ramai yang belum mempunyai calon dan sudah bersedia untuk berkahwin. Terdapat segelintir kecil sahaja yang betul-betul berhasrat bagi melayarkan bahtera yang bahagia kelak. Sesi kursus bermula dengan pendaftran para peserta pada 7.45 pagi dan terus memasuki ke dalam bilik pusat dakwah islam untuk modul aqidah yang dikelolakan oleh ustaz azli yang juga merupakan salah seorang pegawai pejabat islam kuala lipis. Sesi pembelajaran aqidah tersebut bermula pada pukul 8.15 pagi. Di dalam sesi itu, terdapat beberapa hadis nabi diterapkan untuk pengetahuan kami semua yang berada di situ. Ustaz azli juga menekankan terhadap perbuatan seperti berkhalwat atau seantaranya sup

aya mencegah maksiat yang berlaku di sekitar kita. Seterusnya, sesi pengurusan kesihatan oleh dr rahimi bt hassan dari pusat kesihatan kuala lipis. Pengurusan yang menampilkan dari segenap kehidupan kita sendiri. Bermula dari kesihatan diri,tempat tinggal,cara pemakanan seimbang serta aspek kesihatan dalam perhubungan suami isteri. Dr rahimi juga menunjukkan beberapa gambar akibat kesan daripada pengambilan dadah dan kesan orang yang yang menghidap AIDS dan HIV pada tahap yang teruk dan kronik. Beliau ada juga menekankan bahawa sebelum berdaftar untuk berkahwin digalakkan bakal suami dan isteri pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan jikalau terdapat sebarang gejala-gejala penyakit itu ada.

Sesi kursus berhenti seketika untuk memberi ruang kepada para peserta untuk rehat dan ada minum pagi di dewan makan berhampiran. Kursus bermula semula pada jam 11.00 pagi dengan sesi modul fekah dan akhlak yang dibawa oleh ustaz mohd yusri daripada pejabat agama kuala lipis juga. Beliau membawa dua modul ini yang berakhir pada jam 12.00 tengahari. Fekah ataupun ibadah ini merupakan modul yang berguna untuk seharian kita. Banyak diterapkan tentang soal ibadah solat dan sebagainya yang menjadi asas kehidupan kita itu sendiri. Akhlak juga sama banyak untuk mengingatkan kita supaya menjadi insan yang terpuji dan dirahmati oleh Allah taala. Dalam sesi ini, kita diingatkan menhaja akhlak dalam pergaulan sesama manusia,tumbuhan dan juga manusia sesama tuhan.

Pada pukul 1.00 tengahari kami berhenti rehat untuk solat zohor dan makan tengahari di dewan makan berdekatan. Selanjutnya, sesi diteruskan pada pukul 2.00 petang dengan modul Perkahwinan dan prosedurnya yang dibawakan oleh qadhi daerah kuala lipis. Dalam sesi ini, menerangkan langkah-langkah semasa meminang,sebelum berkahwin iaitu berdaftar,semasa akad nikah dan semasa majlis perkahwinan itu berlangsung. Terdapat rukun-rukun dalam akad nikah diterangkan. Pada pukul 3.20 petang sesi diteruskan dengan tajuknya talaq,fasakh dan prosedur perceraian oleh salah seorang pegawai qadhi daerah lipis juga. Dalam sesi ini, bagaimana talaq boleh jatuh dan terjadi dan fasakh yang dituntut dan proses perceraian terjadi. Tetapi diingatkan bahawasanya cerai ini bukan sesuatu yang boleh kita main-mainkan dan tidak digalakkan untuk meruntuhkan masjid itu sendiri yang telah terbina begitu lama dan bahagia begitu sahaja. Sesi untuk hari pertama kursus pra perkahwinan telah berakhir pada jam 4.30 petang.

Pada hari keduanya bersamaan 16 oktober 2011,sesi pertama dimulakan dengan tajuk Pengurusan kewangan dan masa oleh ustaz akmal dari pejabat agama kuala lipis. Tujuan pengurusan ini diwujudkan adalah untuk tentukan matlamat kita bagi mendirikan rumah tangga kelak,mengawal perbelanjaan keluarga dan untuk berkahwin di masa akan datang,melakukan perancangan perbelanjaan keluarga. Terdapat juga jenis-jenis kategori perbelanjaan antaranya dharuriyyat,hajiyyat serta tahsiniyyat. Pengurusan masa juga amat penting untuk melaksanakan majlis perkahwinan bakal tiba. Seterusnya, pada jam 9.30 pagi adalah sesi hubungan dalam keluarga yang diterangkan oleh haji mustafa seorang pegawai agama dari benta,kuala lipis. Dalam sesi ini, diterangkan serba sedikit dalam hubungan semasa kenduri kahwin ataupun disebut walimatul urus,antara cabaran-cabaran pasangan yang baru berkahwin,kaedah memantapkan hubungan suami isteri,pergaulan dalam keluarga dan keluarga mertua itu sendiri dan kaum kerabatnya. Tetapi sampai di epsidod hubungan kelamin, ramai para peserta mencelik mata seluas-luasnya bagi mendengar apa yang disampaikan oleh penceramah. Tiada masa itu peserta yang tertidur pula.kami bergelak senyum semasa sesi ini diterangkan. Selepas itu, adalah tajuk tanggungjawab anak yang sudah berkahwin kepada orang tuanya dan mertua juga dan hubungan jiran dan sebagainya.

Pada pukul 10.30 pagi masa rehat diberikan kepada para peserta untuk minum pagi yang terhidang di dewan makan berhampiran. Sesi ini telah bersambung pada jam 11.00 pagi. Sesi yang membawakan modul bertajuk komunikasi suami isteri oleh haji dahili dari pejabat agama kuala lipis. Sesi menerapkan bagaimana untuk berkomunikasi dengan suami isteri, bentuk komunikasi yang baik antara suami isteri dan juga faktor-faktor yang boleh merosakkan perhubungan komunikasi antara suami isteri. Selepas itu, modul pengurusan konflik dalam rumah tangga yang diterajui oleh ustazah asnah. Dalam sesi ini diterangkan definisi konflik,punca berlakunya konflik rumahtangga,bentuk-bentuk konflik yang terdiri daripada nusyuz,syiqaq serta darar. Terdapat juga diterangkan undang-undang berkaitan keganasan dalam rumahtangga ataupun dikenali dengan nama darar ini. Ada dibincangan juga teknik bagi mengelakkan konflik itu terjadi. Rehat,makan dan solat zohor bermula pada jam 1.00 tengahari. Sesi diteruskan pada jam 2.00 petang dengan modul bertajuk pengurusan tekanan ataupun stress. Modul ini dibawakan sekali lagi bersama dengan haji dahili. Bagaimana untuk menghindari stress,definisi stress ataupun tekanan yang terjadi,tanda-tanda tekanan berlaku,diterangkan juga jenis-jenis tekanan anataranya ialah tekanan akut yang bereeti respons kepada keadaan atau persitiwa yang berlaku secara tiba-tiba. Yang kedua adalah tekanan kronik dirujuk sebagai tekanan yang berlaku berpanjangan dalam kehidupan seseorang yang boleh mengakibatkan trauma. Seterusnya sesi pada jam 3.15 petang diteruskan dengan sesi perkhidmatan kaunseling yang dijalankan oleh ustazah asnah juga. Menerangkan bagaimana kaunseling boleh menyelesaikan masalah dalam keluarga dan perhubungan suami isteri,prosedur untuk mendapatkan kaunseling itu sendiri. Dan akhir sekali adalah ujian semakan yang diterajui juga ustazah asnah dalam pengajian yang telah berlangsung selama dua hari ini. Selepas semakan telah dibuat terdapat beberapa peserta telah dipanggil untuk mengucap syahadah. Sekelompok wanita dan juga lelaki dipanggil di hadapan kami semua. Acara yang ditunggu-tunggu untuk kursus pra perkahwinan ini adalah penyampaian sijil. Berakhirnya kursus yang dijalankan setelah berjaya mendapatkan segulung sijil pra perkahwinan ini.


0 Romen: