»

Friday 22 July 2011

dugaan menimpa

pelbagai dugaan menimpa aku sejak kebelakangan ni..bermula excident sebanyak dua kali sepanjang 2 minggu dalam bulan ni..mula aku terjatuh sendiri di hadapan kfc teluk cempedak..habis calar belah kiri aku..motor just side mirror pecah belah kiri..naseb sikit lagi nak kena langgar oleh kereta yang berada di depan aku..aku balik pi repair side mirror kt kedai bandar..yang first ni okay lagi..selepas itu, aku excident lagi terok daripada yang ni..ni excident melibatkan banyak kos yang kena tanggung juga..aku bawak motor ntah camner aku terlanggar lubang ditepi jalan tu,rupa-rupanya dalam jugak lubang tu sampai aku melambung tinggi dah cam superman gayanya..orang laen tengok memamg giler aku melambung atas langit..perghh dalam hati aku masa tengah melambung tu ase nak hilang nyawa..Ya Allah nasib lah umur aku panjang lagi masa hari tu..aku terjatuh di tepi jalan sikit lagi nak terjatuh di tengah-tengah jalan tu hampir maut kena gilis dengan kereta agaknya kalau tak betol landing..motor aku dah menyusur ke depan sana tu..habis remuk gak bahagian tayar belakang tu..bengkok giler ,yang depan sikit je..masa aku check ke mana menghilangnya plat blakang aku ,tak jumpa2 dah lepas tu..aku pun balek jelah masa tu..sebenarnya aku dalam perjalanan ke teluk cempedak untuk makan disana..pada secara kebetulannya hari pertama gak aku bekerja kat seven eleven berhampiran rumah sewa aku ni..memang nasib malang hari tu..aku pun balek dengan motor yang terok pada tayarnya..dah cam bawak motor roda segi empat tepat..kereta api aku rasa lagi lancar kowt jalan...haha..


selepas itu, masa aku nak balek dari jengka menuju ke kuantan peristiwa tayar motor aku berulang kali pancit dua kali berturut di pertengahan jalan highway pantai timur...bermula dari r&r gambang di petronas mula-mula sekali terkena tayar pancit tu..tayar aku tu cam dicucuk besi kecil yang berupa bentuk ubat steadpler..pastu aku check tayar sekali lagi..de agi besi kecil tu..aku pun tunggu lah ayah aku datang..sehingga lah nak dekat pukul 8 malam ..aku menunggu bersama adik aku yang kedua..memang masa yang amat meletihkan sampai dua kali pancit..jauh tu datang nak repair tayar..nasib baik ayah aku bawa dua tiub tayar kalu tak bawak balik kampung lah jawabnya motor tu..tunda bawak balik sudah...yang kali kedua pancit tengah2 jalan nak dekat sampai pintu masuk kuantan kat area dekat menuju upm..camner ntah pancit disebabkan terlanggar setompok kesan ketulan tayar lori yang diseretkan tu tetiber pancit dengan sendirinya..setelah diperiksa dalam suasana gelap ditengah-tengah highway yang kereta berpusu-pusu lajunya..memang bahaya kowt masa tu..kami orang duduk di tepi jalan ..kat longkang yang berbukit sedikit..rupa-rupanya tiub tu dah tercalar ataupun dikeanli sebagai terluka di part punatnya..habis terkoyak bahagian situ..memang dugaan betol masa tu..memenatkan nak bawak motor masa malam hari tu..hanya tuhan saja tahu bagaimana nasib kita orang ni..

0 Romen: