»

Sunday 15 August 2010

Open Table at Perhentian..


Pada hari sabtu lepas iaitu semalam..aku bersama rakan serumah yang lain berangkat ke rumah member kami,farhan di jengka..aku,farhan,raja,thakif serta amirul antara orang yang pergi ke sana....kami bertolak malam,iaitu sesudah solat terawih..dalam pukul 10.15 malam bertolak menaiki kenderaannya..menuju gambang sehingga masuk ke pintu masuk daerah maran..dan menyusuri jalan kecil terus ke jengka 2..

sebelum sampai di maran..kami berhenti berehat-rehat dahulu di perhentian gambang..minum sekejap sambil borak-borak kosong..seterusnya meneruskan perjalanan yang mengambil masa setengah jam lagi..sampai di maran dan masuk jalan-jalan kecil di kawasan perkampungan ada hujan rintik seketika membasahi bumi..dan kami sampai di rumah farhan pada pukul 12.30 malam..kami duduk dalam bilik dia..rehat seketika..selepas itu aku,raja dan farhan makan nasi dahulu,,sementara thakif dan juga amirul hanya merehatkan diri dalam bilik..

senak juga aku makan nasi dengan pelbagai jenis lauk yang terhidang di atas meja..aku tidur kenyang lagi sampai sahur nanti..aku tidur dalam bilik bersama mereka..melainkan raja dan farhan masih di luar..sibuk online dan pada masa yang sama mereka sempat lagi bermain counter strike..sampai lah ke pagi mereka bermain..pada waktu sahur kemudiannya,farhan mengejutkan kami yang sedang enak dibuai mimpi..kami pun makan sahur bersama keluarga farhan..banyak juga lauk yang dimasak oleh mak farhan ni..ada udang,ikan,telur goreng dan lain lagi..



pada hari yang berikutnya,iaitu hari ahad ini..kami bertolak pula menuju ke kolej matrikulasi teknikal,pahang..tempat di mana adik si raja khalil ni belajar..pada pukul 2.00 petang kami bertolak dan sampai di sana dalam 10 minit kemudian..sekejap sahaja..tempat di kawasan jengka juga..berborak di kawasan masjid kolej matrikiulasi..dan selepas itu,kami pergi sekali dengan adik raja ke pasaraya yang berdekatan dengan bandar jengka..untuk membeli barang keperluan..
seterusnya selesai m
embeli segala barang keperluan..kami kembali pulang ke rumah farhan untuk bersiap-siap bertolak ke kuantan pula pada belah petang ini..pukul 6 kami berangkat meninggalkan rumah farhan..mak farhan ada juga membungkuskan pada kami makanan untuk berbuka nanti..kami meneruskan perjalanan seperti biasa..apabila senja kian menjelma..waktu pun dekat sudah untuk berbuka puasa..kami pun berhenti di perhentian gambang..kami pun berehat seketika di pondok di perhentian tersebut..sambil mengeluarkan bekalan makanan untuk berbuka puasa seketika nanti..ada kurma yang dibeli raja..dan laok antaranya sayur arca,ayam goreng serta kari daging..menunggu demi menuggu waktu azan berkumandang..akhirnya lega juga rasanya pabila kami boleh berbuka kini..kami berjemaah makan di pondok itu...sambil kami bersila di atasnya..menjamu selera yang makanan yang lazat..syukur nikmat yang diberikan..






selepas habis menjamu makanan berbuka..kami pun pergi ke surau untuk solat maghrib dan juga menunaikan solat jama' isya' terus..kemudiaannya,kami meneruskan perjalanan pulang ke kuantan..mengambil masa setengah jam lagi dari gambang..kami akhirnya sampai di kuantan pada pukul 9.15 malam..

0 Romen: