»

Wednesday 3 March 2010

Ramli Sarip Live at Shahputra







konsert Ramli Sarip live at Shahputra yang bertempat di Auditorium Kolej Shahputra..pada tarikh 3 March 2010..dan pada pukul 3 petang yang sudah pun berlangsung pada petang tadi dengan meriahnya..sambutan daripada pihak kolej dan warga kolej terutamanya amat menggalakkan..seua warga kolej berkumpul ramai di lobi kolej bagi menyambut kedatangan saudara Ramli Sarip..acara dimulakan dengan tarian satu Malaysia yang dipersembhakan oleh pelajar-pelajar kolej iaitu dari kelab tarian dan budaya..





Konsert mini yang bertemakan "BUKAN KERANA NAMA" yang dianjurkan oleh pihak Fox Club, Shahputra berjaya menawan warga kolej untuk sama-sama menjayakan konsert live tersebut..tiket dijual seawal semalam lagi..promosi yang dibuat melalui pengumuman di corong-corong shahputra agak rancak perjalanannya...hanya RM 5.00 sahaja tiket boleh didapati..dan tiket tersebut masih lagi dijual di hadapan auditorium..suasana agak sesak juga di dalam auditorium..dari kakitangan
kolej,staf,pensyarah sehinggalah pelajar-pelajar yang turut menghadiri konsert ini..yang menjadi keseronokkan pabila menyaksikan konsert Ramli Sarip ini adalah band yang mengiringi saudara Papa Rock Malaysia adalah merupakan daripada kakitangan kolej Shahputra itu sendiri..ini mengangumkan orang ramai menontonnya...terdiri daripada staf dan juga pensyarah pelbagai bidang..ada yang menjadi penyanyi latar,pemain drum dan juga keyboardist..banyak dari lagu-lagu lama Ramli Sarip diketengahkan dalam konsert kali ini..lagu yang paling mendapat sambutan di dalam konsert live ini adalah Kamelia serta bukan kerana nama..para penonton bersorak dan turut serta menyanyikan bersama-sama..serba maklum kebanyakkan lagu-lagu beliau berunsur ketuhanan dan puisi-puisi kritis..






selepas berakhirnya konsert di auditorium,acara pembahagian cenderahati dari pihak kolej kepada beliau..cenderahati disampaikan oleh Ceo kolej itu sendiri,iaitu Datuk Azman kepada saudara Ramli Sarip..semua warga kolej yang berminat bergambar dengan Ramli Sarip dan mendapat autografnya di lobi kolej..terdapat CD dan pakaian -pakaian Ramli Sarip bersama Sweet Charity..serta poster beliau..ramai yang mendapat autograf dan pelbagai sudut dan harta milik peribadi sesetengah warga kolej ditandangani oleh beliau..ada yang di seluar,pakaian,di diari,wang kertas,di beg galas dan lain-lain lagi..inilah anjuran yang sebegitu meriah disambut julang-julangnya..

2 Romen:

DanieL AdiE said...

best2..
minat gak ramli sarip..

~daniel adie~

Hafizy Hiroki said...

best mse dy rock n roll serta mmbuat crowd sing a long ..mmg have fun gak..huhu ;)