»

Sunday 13 December 2009

Bawah TanAh Ada BunYi..

underground.

"the mainstream comes to you,but you have to go to the underground"-frank
zappa

asas apa itu underground
- gerakan underground ini sangat luas rangkumannya.sekelompok pemuzik
yang membuat sendiri segala kerja penciptaan,rakaman,penerbitan &
pengedaran apa yang diowank mainkan itu,berada dalam kelompok
underground,tak kiralah muzik yang diowank mainkan itu bunyinya metal,
reggae,hip-hop,jazz malahan dangdut sekalipun.begitu juga diowank
yang menggerakkan teater,lukisan,komik atau apa saja selagi tidak
dibantu oleh mana-mana badan kerajaan atau syarikat lain itu juga
ditakrifkan sebagai underground.

- kalimah underground itu,bukan menjadi hak milik satu-satu jenis
muzik,teater,serbuk kari,cerpen,selipar jepun ataupun individu.
underground ialah cara,sikap,idea & ceritanya cukup-cukup panjang.

"cita-cita revolusi mewujudkan underground"
- hisham.


underground & revolusi

- setiap perubahan besar yang pernah berlaku di muka bumi ini,bermula
dari kelompok kecil yang mempunyai idea,dikongsi beberapa orang juga
berfikiran serupa.ia tidak dihebahkan,tidak popular & malah mungkin
tidak diketahui kewujudannya oleh manusia,ayam atau juga lembu.
hanya sebilangan orang jer yang tahu.lama-kelamaan,ia berkembang
menukar apa jua yang ada lalu menjadi popular dan diterima semua.
pakaian,muzik,politik,malah hampir apa saja berubah mengikut prinsip
ini.Dandysm bermula di Perancis pada tahun 1830-an .lama selepas
ia popular dan diterima sebagai sesuatu yang normal,muncul pula
avantgarde Bohemian(perintis )secara senyap-senyap(underground).

"banyak perubahan di dunia bermula dari gerakan underground"
-hisham.Sukarelawan Food not Bombs(FNB)

counter culture

- Beat Generation yang mula diberikan frasa gerakan underground
(dimulakan oleh Jack Kerouac)muncul pada tahun 1950-an.ia kemudian
berkembang dan mewujudkan subculture Hippies,Punk dan Mods yang
kemudiannya melahirkan Skinhead.sekarang,lihat sekeliling dan apa
jua yang korang nampak itu telah menggantikan apa yang telah muncul
dulu.pada awal mulanya benda-benda itu tadi,semuanya adalah counter
culture yang bergerak secara underground sebelum diterima menjadi
sesuatu yang mainstream.counter culture menentang apa yang sedia
ada dengan mencipta sesuatu yang baru,secara senyap-senyap.secara
underground.lam-kelamaan,ianya diketahui ramai,menjadi popular dan
diterima masuk sebagai sesuatu mainstream.


..picture caption..
[buku popular jack yang menjadi pemangkin kepada gerakan counter culture
seluruh dunia,"On the Road".]


mana underground?

- ianya sudah tertera disini,korang tak perlu lah cari dimana-mana.
namanya sudah underground .jadi ianya tiad adi kedai CD,restoran
fastfood ataupun di stesen lrt.yang dilihat memakai pakaian yang
berevolusi itu,yang membuat lukisan,muzik,makanan,hasil seni atau
apa saja yang tidak seperti selalunya orang buat itu,ianya dipanggil
counter culture.seperti graffiti,punk rock fashion,gig.
benda-benda seperti ini kebiasaannya tidak dihebahkan,tiada iklan
di surat khabar dan tidak popular.kerana perilakunya begitu,maka
ianya dipanggil underground.putaran counter culture yang bergerak
secara underground,diterima menjadi mainstream(juga disebut Pop culture)
kemudian muncul pula counter culture underground baru adalah kitaran
yang normal.sejarah memberitahu kita,ia telah berlaku,sedang dan
akan berlaku.inya normal.

"anak muda akan sentiasa mahukan perubahan"
- hisham.


underground ke mainstream.

- di malaysia,ini sangat kompleks.muzik ska itu telah lama ada dan
juga sangat tua.Di malaysia,genre itu hanya dikenali di kalangan
skinhead yang bergerak secara underground.ia baru hanya di malaysia.
ketika Gerhana Ska Cinta(GSC)keluar dari persembunyiannya dalam
kubu underground membawakan lagu-lagu genre ini ke arus perdana,GSC
ialah pemuzik Avantgarde.membawa pembaharuan baru atas apa yang sudah
biasa kita dengar sebelum ini.Begitu juga dengan Bunkface yang dahulu
sebuah band biasa yang mahukan kepuasan dalam bermain muzik sehingga
memasuki competition.selangkah demi selangkah diowank membawa muzik
diowank dalam bentuk underground ke gig kecil mahupun besar.dalam
genre indie mahukan keseronokkan muzik yang diketengahkan diowank.Oleh
sebab dari permintaan fan diowank gak.mendapat sambutan yang hangat sekali
sehingga boleh bertahan kini.semoga mereka dapat menaikkan nama Malaysia
indiependent ke mata dunia.sehingga lah kini diowank masuk ke major arus perdana mainstream
sedikit demi sedikit.tetap proud be indie di kalangan giggers diowank.
seperti mana band2 indiependent yang lain berkobar-kobar menyerikan
lagi irama kosta raya indie di malaya ini.so support our local art!..

"mentaliti kita tidak betul.kalau dangdut berasal dari Paris atau London,
mungkin ia akan popular di sini"

- hisham.

"gunakanlah kreativiti kita.pameran lukisan tidak semestinya hanya berlaku di
galeri.di tepi sungai pun boleh juga".

- hisham.


Avantgarde.

- apabila bercakap tentang underground,perkataan avantgarde ini,tidak
dapat tidak,harus diterangkan sekali.ianya berasal daripada bahasa
perancis.dia ada juga kena mengenanya dengan sekumpulan tentera yang
dipanggil Advance Guard(AG).AG ialah sekumpulan kecil tentera elit yang
membuka jalan kepada kumpulan tentera yang lebih besar di belakang
ke kawasan musuh.Avantgarde dalam bahasa perancis menerangkan
perbuatan yang revolusi,bereksperimental dan "yang pertama".
tentera Advance Guard dan perkataan Avantgarde dilihat berkongsi
idea,iaitu perintis.jadi,perkataan avantgarde barmaksud perintis serta
pemula.seperti GSC menjadi avantgarde(perintis)dalam muzik mainstream
di Malaysia dengan idea Ska diowank,walau pun bukan di dunia.


underground.apa rupanya?

- underground itu tidak berupa apa-apa.ianya hanyalah wadah atuapun
cara perjalanan sesebuah budaya itu.ianya bersendiri.tidak dibantu
oleh mana-mana company atau apa-apa pertubuhan lain yang berdaftar.
yang membuatkan ia kelihatan berunsur muzik,kerana unsur inilah yang
paling banyak ditentang di Malaysia.di negara lain,yang penerimaan
muziknya lebih terbuka,underground berupa muzik ini sudah tidak lagi
begitu diperkatakan.sebaliknya,ada yang lebih kepada teater,lukisan,
atau hasil-hasil seni lain.muzik,ideologi, ataupun apa saja ialah
sampul kepada apa yang diperjuangkan secara underground.jika sampulnya
muzik,maka akan berupa muziklah gerakan underground itu.jika sampulnya
teater,maka jadilah ia teater underground.

prinsip 'do it yourself'[d.i.y]

- ada banyak essence ataupun rencah yang menyebabkan sesuatu gerakan
itu dikatakan underground.asas utamanya ialah ia bersifat parallel.
melakukan sesuatu yang sudah sedia ada,dengan cara sendiri(D.I.Y).
muzik di Malaysia memang sudah wujud.Ajai,M Nasir,Pak Ngah dan ramai
lagi ialah orang yang memberikan kita muzik sebagaimana yang keluar dari
corong-corong radio seperti di Hot fm.Pemuzik yang bergerak secara
underground pula,dibuat sendiri muziknya dn tidak menggunakan khidmat
orang-orang yang seperti terkenal.bezanya muzik si pemuzik underground
ini tidak akan keluar di corong-corong radio.tetapi kini sudah berubah,
dengan tertubuhnya radio indiependent kita seperti X-fresh fm.lihatlah
band seperti pop-shuvit yang membawa muzik diowank ke overseas seprti
di Jepun dua tiga tahun yang lepas.muzik diowank diterima baik dan
mendapat sambutan yang begitu menggalakkan di sana.kreativiti diowank
boleh menaikkan nama Malaysia di mata dunia suatu hari nanti.asal diowank
dari underground juga.bermain di gig-gig kecil sehingga mendapat
kepercayaan yang sepenuhnya untuk beraksi di luar sana itu.kita akan
mendengar lelagu band-band indie mahupun band yang baru meningkat naik.
melalui rencana seperti ini mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti
muzik diowank dengan lebih rancak lagi.membangkitkan arus alunan indie
di Malaysia ini.

salah tafsir.
- tidak dinafikan,gerakan underground sering dislah anggap semata-mata
sebagai golongan penentang.hanya kerana idea-idea diowank yang tidak
dan belum popular,tidak semestinya ia tidak bagus.itu tidak betul.malah,di
persarangan inilah,tersoroknya bakat-bakat serta ide-idea yng luar biasa
sekali kreatifnya.sekali lagi,bukan hanya muzik saja malahan apa-apa jua
berbentuk underground yang lain.munkin dari situlah,kita akan dapat melihat
sesuatu,dari perspektif yang berbeza.seperti kata Frank Zappa,underground
it tidak datang sendiri kepada kita,kalau ingin tahu,cubalah cari.

1 Romen:

Anonymous said...

ceh copy paste
kau ni poseur laa

http://bwhtanah.tripod.com/sejarah.htm