»

Sunday 4 October 2009

Kuantan Jamm Fest 09'





berlangsungnya festival yang mampu mengumpul
anak-anak muda terutamanya di bandar kuantan,
Kuantan Jamm Fest 09' yang berjalan pada tanggal 25 july 09' yang lalu..

Festival telah dianjurkan oleh Say'Event & Tour bersama Majlis Perbandaran Kuantan telah sedikit sebanyak berjaya menghasilkan sebuah event yang
muda-mudi mahukan selama ini.


Sejak dari pagi lagi orang ramai berpusu-pusu bertandang ke halaman Stadium
Makmur,Kuantan..dimana lokasi bagi menjalankan pelbagai kegiatan yang dianjurkan..antara boof-boof yang memeriahkan lagi suasana event tersebut adalah tawaran Prepaid X-Pac,jualan air,makanan ringan serta jualan baju,merchandise serta keychain oleh the Brain,Abstrak Jingga


Setelah tunggu beberapa jam kemudian,pada pukul 10.25 tiba masanya acara AutoShow bermula..Banyak motosikal dan kereta telah memasuki ruang legar pameran..antara peserta-peserta yang bertanding adalah kebanyakkannya dari sekitar Kuantan itu sendiri..
serta lain-lain..




Jualan tiket bermula 11 pagi,ramai sudah anak muda menunggu awal untuk membeli tiket..Sepatutnya masuk ke dalam gig awal,tetapi dilengahkan seketika kerana ada beberapa sound check dilakukan sedikit pengubahsuaian..Pada pukul 2.30 petang barulah semua dikehendaki masuk..Pelbagai fashion dan gaya anak-anak muda sekitar kuantan..ada yang bergaya ala Punk Rock,Skinhead,Retro dan Indie style,gaya rambut yang mempersonakan orang ramai,Mohawk Style and berjaket besi spike..Pada waktu yang sama,diluar Stadium Makmur juga berlangsungnya event Drift Car..kedengaran deruman enjin seketika di dalam stadium sementara menunggu Gig bermula..

Acara yang yang ditunggu-tunggu sudah tiba..Band yang pertama dari Sg Isap,kuantan iaitu Sonic Star Rdio Jamm yang membuat persembahan..mereka menyampaikan 3 buah lagu..lagu yang agak bagus untuk didengar di awal permulaan..dan diikuti oleh band Pekan,Pahang iaitu Shell Garden membawa genre berentak britpop.. selepas itu Band dari kuantan juga iaitu The Sircuse..yang baru-baru ini melakukan persembahan di KL indie fest..Setelah itu,band menjadi siulan anak muda-mudi dengan lagu mereka Cinta Gila menjadi meriah seketika..alunan muzik mereka mengajak para crowd untuk berpogo bersama..selepas itu,musik diteruskan dengan Band yang datang dari JB ..lagu yang popular oleh mereka Nikmat Sementara menjadi riuh bersama band Statik..Drummer bagi Band Statik itu membaling sepasang Stick nya untuk Crowd yang menyokong mereka selama ini..tanda penghargaan dari mereka kott...huhu..seterusnya band Romancesa membuat persembahan sebelum waktu Asar tiba..



Untuk menghormati waktu Asar gig dihentikan seketika untuk para crowd berehat dan melakukan aktiviti sendiri..Acara disambung kembali pada pukul 5.30 petang..yang diwakili band oleh Lucky Munky..band punk ska yang menggamit suasana stadium dengan tarian ska oleh crowd..dan diikuti band Troublesome yang satu-satunya vocalis mereka adalah si gadis..



Kelihatan ramai yang mengelilingi bualatan besar di hadapan pentas...Para Mosher bersiap sedia bermoshing dengan lelagu hardcore dendangan dari band estuary yang membawa lagu yang dipopularkan dari Bring Me To The Horizon dan beberapa lagu promo mereka..dan diikuti band Teaser Opera dari Kuantan yang ganas menyanyikan lagu mereka itu..kedengaran nyaringan suara vocalis Estuary lebih memukau crowd untuk bermoshing di sana sini..Giliran Emptinest untuk membuat perfomance diowank yang genre sama..diowank ni boleh tahan gak..raawwr gak..huhu..pelbagai gaya dan tarian yang sedang dilakukan...aksi-aksi terlarang dan sama sekali dilarang kanak-kanak bawah umur 3 tahun untuk mencopy cubaan sebegini rupa..Kelihatan crowd sungguh berpuas hati dapat bermoshing sekalian lama menunggu bagi mereka aktive bersukan ala tarian begitu..



Gig diteruskan sampai ke malam yang dipersembahkan oleh band local iaitu Monopose yang mempunyai ramai peminat tersendiri..sambil itu sempat juga mereka mempromosikan baju-baju design mereka sendiri.. Acara berikut adalah persembahan dari band Novelty yang berjaya mententeramkan suasana untuk crowd bernyanyi bersama mereka...




Seterusnya,merupakan band favourite semua iaitu The Times yang sekalian lama mendapat tempat dihati fans mereka..Pada malam itu mereka membawa lagu Kasanova,disko dansa,Singapura ke Ke Lumpur dan Pesona Algebra..crowd nyanyi bersama sambil menari dengan riangnya..

Seterusnya adalah persembahan bersemangat dari kugiran datangnya dari JB iaitu,kugiran Punk Ska..band Plague Of Happiness yang disambut meriah..pabila mereka mula beraksi di pentas semua bergoyang badan tanda menghayati lagu diowank..berpogo-pogo tanpa henti...

Band berikut adalah band yang baru-baru ni telah membuat showcase kt Telok Cempedak anjuran Converse...Bagi memenuhi tuntutan yang kurang memuaskan sekali lagi band Komplot telah dijemput untuk memuaskan keinginan dari crowd Kuantan..dengan nyanyian lagu baru dari band diowank...Enter the Kosmos dan lagu-lagu lama diowank seperti konflik dan nora zain ..membuat crowd gembira di sisi teman dan teman tapi mesra gak..haha..

Dan band terakhir membuat persembahan adalah band yang ngetop kini yang lain dan tidak bukan..Bunkface...mereka menjadi performer penutup tirai untuk kali ni..crowd menjerit dan terlolong memanggil band diowank..lagu pertama adalah revolusi dan diikuti lelagu versi lama diowank ..n lagu request orang ramai telah sebulat suara meminta lagu Situasi dimainkan..crowd bernyanyi bersama tanpa segan dan silu..akhirnya tamat lah disitu gig yang meriah itu..Ramai yang bersurai dan balik ke pangkuan keluarga di rumah masing-masing...







0 Romen: